Tuesday, September 4, 2012

Jangan Pernah Menghina Permulaan Seseorang Kerana Kita Tak Akan Tahu Bagaimana Pengakhiranya~

Wednesday, December 7, 2011

PANDANGAN ORANG..

✿ Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI..
❤ Bila jadi baik, ORANG MELUAT..

✿ Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM..
❤ Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata
"ASTAGHFIRULLAH.. APA LAA NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?..."

✿ Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA..
❤ Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN..

✿ Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGOS..
❤ Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR..

✿ Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'..
❤ Bila kita pakai 'dedah sana-sini'.. ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free..

✿ Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!....."
❤ Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?.."..

✿ Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"..
❤ Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"..

✿~ Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah.. semuanya tak betul di mata mereka.. Kalau buat salah sudah tentunya salah.. tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata.. ingat pesanan ini

~♥» Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula.. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan Allah SWT terhadap kita.. bukan pandangan manusia..
 
SUMBER:FB.

Tuesday, November 8, 2011

HIKMAH BERSABAR...


Nak suruh orang bersabar sangat senang tapi nak suruh diri sendiri bersabar bukan perkara yang mudah. Senang atau susah untuk bersabar bergantung kepada seseorang, persekitaran dan masa. Sebenarnya kita dituntut supaya bersabar kerana banyak hikmahnya.
Pertama, dapat mengelakkan daripada penyakit. Jika kita tidak sabar tentu hati dan fikiran serta perjalanan darah dalam diri kita akan terganggu. Contohnya katakan jika kita terlampau marah kepada seseorang kerana ia telah menjatuhkan air muka kita di depan orang ramai maka kita pun tidak sabar dengan terus bertindak balas atau menyerangnya di depan orang ramai juga. Pada masa itu denyutan jantung kita semakin laju dan tekanan darah akan bertambah. Akibatnya jika kita terus bersikap demikian sudah pasti lama-kelamaan kita mungkin diserang sakit jantung atau darah tinggi.
Kedua, dapat mengekalkan hubungan silaturahim. Bila orang melihat sikap kita yang sentiasa bersabar menyebabkan mereka merasa senang dengan kita dan mereka ingin mengekalkan hubungan yang baik dengan kita.
Ketiga, Tuhan akan sentiasa bersama dengan orang yang sabar. Sabar itu adalah separuh daripada iman.
Keempat, amalan bersabar boleh menyebabkan fikiran kita menjadi lapang dan tenang. Mungkin semasa kesusahan tidak berlaku kesenangan tetapi selepas itu barulah kita merasakannya.
Kelima, kajian telah mendapati ketika kita marah berjuta-juta sel dalam darah kita akan mati sedangkan sel-sel tersebut adalah penting untuk kita. Bagi mengelakkan kematian sel yang banyak ia perlu disekat dengan cara menghentikan kemarahan iaitu bersabar.
Walaupun pepatah ada mengatakan bahawa seberat-berat mata memandang berat lagi bahu memikul namun mengamalkan kesabaran sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan atau kesusahan yang sedang kita alami.


SUMBER:COPY DAN PASTE..HEHEH (skdar berkongsi ape yg baik)

Sunday, September 4, 2011

Ya Allah, Sudilah pandang kami...

Bismillahirrahmanir rahim..
Dengan namaMu Ya Allah Yang Sentiasa Mengasihi hamba-hambaMu
Ingin aku berbicara denganMu di setiap masa yang aku ada dan di setiap tempat aku berada 
Ingin aku meluahkan segala apa yang terpendam dalam hati ini
Walau aku tahu Engkau sangat-sangat memahami dan mengetahui,
Tanpa aku bicarakannya kepadaMu
Malah Engkau lebih tahu segalanya tentang aku daripada diriku sendiri
Kerana Engkau yg memiliki sekeping hati ini
Kerana Engkau lebih dekat denganku daripada urat leherku sendiri 


Ya Rabbi, sudilah pandang aku
Ya Rabbi, izinkan aku menghadapMu berulang kali sehingga ke akhir hayatku.
Aku tahu..
Aku sering menghadapMu dengan wajah yang kelam, tidak berseri
Aku sering berhadapan denganMu tika jiwaku berkeluh kesah
Aku mencariMu hanya di waktu susah dan derita.
Di saat senang dan sibuk dengan dunia, aku melupakanMu.
Aku lupa bahawa hidup ini hanya untukMu
Aku leka bahawa dunia ini hanya sementara untuk aku mencari bekal sebanyaknya 


Namun, di saat ini aku hadir untuk menghadapMu
Bersama dosa dan noda yang tak terhitung banyaknya
Disebabkan kelalaianku menurut hawa nafsu
Dan tertipu dengan dunia dan syaitan
Allah, pandanglah aku dengan kasih sayangMu
Pandanglah aku dengan keampunanMu
Aku sangat mengharapkan kasih sayang dan redhaMu
Kerana aku benar-benar menagih syurgaMu dan aku takut nerakaMu
Tapi, layakkah aku Ya Allah? 
Ya Rabbi, seandainya di saat ini Engkau menjemputku pulang,
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan denganMu?
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini?
Bagaimanakah keadaanku waktu itu??
Hitamkah wajahku bila berhadapan denganMu?
Berseri dengan sinar cahayakah wajah ini?
Berlarikah aku menujuMu kerana rindu untuk menemuiMu?
Atau menggigil ketakutan kerana takut dan malu denganMu?
Allah, aku bimbang..
Aku gusar dan takut Ya Allah..
Apabila memikirkan saat itu
Kerana banyaknya dosa aku terhadapMu.
Allah, sukarnya untuk aku meredahi cabaran dunia ini
Ingin ku buang jauh duniaku yang melalaikan 
Tapi ia selalu menarik-narik hatiku untuk tetap mengulangi kesilapan terhadapMu 
Kadang-kadang aku terlupa, kadang-kadang aku sengaja 


Aku takut padaMu Allah tapi kenapa aku seringkali mengulangi dosa-dosa terhadapMu? 
Aku sering berjanji di depanMu untuk menyerahkan hidup matiku hanya untukMu
Namun sering aku memungkiri janji-janjiku itu tanpa rasa berdosa
Aku pernah menangis keranaMu kerana takutkan azabMu
Kemudian aku ketawa semula di saat aku lupa tentangMu
Semudah itu Ya Allah aku sebagai hamba yg sebenarnya tidak layak melakukan sebegitu
Tapi Engkau Ya Allah, tetap memberi peluang untuk aku kembali padaMu
Engkau sentiasa bersedia mengampuniku. .. 


Aku takut Ya Allah, seandainya waktu aku tiba untuk kembali padaMu
Aku dalam keadaan tidak bersedia dan penuh dengan hitam noda
Apakah yang mampu aku persembahkan di hadapanMu kelak?
Mampukah aku memulangkan segala pinjaman yang Engkau beri kepadaku dalam keadaan yg terbaik?
Allah, aku mohon dengan sangat..
Sucikanlah hati aku dengan maghfirahMu
Agar tersenyum aku pulang mengadapMu
Allah, terimalah taubatku
Agar bercahaya wajahku dengan nuurMu bertemu denganMu
Allah, pimpinlah aku dengan hidayahMu
Agar mudah jalanku ke JannahMu... 


Tuhan, pegang eratlah hati ini agar sentiasa aku rasa dekat denganMu
Aku harap Kau terima amalku untuk aku persembahkan di hadapanMu kelak
Ya Allah, dengarkanlah rintihan & permohonan hatiku ini
Hadiahkanlah cahayaMu kepadku sehingga saat aku dipanggil pulang olehMu
Amiin Ya Rabb.. 


Aku mohon dengan sangat..Perkenankan lah.  


:: Ya Allah, maafkanlah bila hati tidak sempurna mencintaiMu ::






SUMBER:DARI FACEBOOK AJE..^___^

Tuesday, March 8, 2011

Kawan,
Teman,
Sahabat,
Bagiku adalah tiga istilah berbeza
Walaupun zahirnya sama

Kawan,
Kau hadir cuma seketika
Umpama satu persinggahan
Hanya ingin ketawa bersama
Hilang dikala aku kira

Teman,
Destinasiku mencurah rasa
Laksana diari tersimpan rahsia
Menjadi pendengar yang setia
Riang,duka diketahui semuanya

Sahabat,
Kau impianku dan juga semua
Sanggup bersama-sama...


sumber : fb..^___^

Friday, January 28, 2011

SAHABAT....

 
andai ini bingkisan terakhir dari saya
maafkan saya wahai teman
saya hanya insan biasa
yang tidak terlepas dari membuat kesilapan……

andai ukhwahfillah terhenti di sini
maafkan saya wahai teman
saya sedar akan kekurangan diri
siapalah saya di hatimu teman…..

andai saya di beri pilihan
tetap saya memilihmu teman
hanya dirimu teman terbaik
hanya dirimu sahabat terbaik……

andai ini sudah suratan takdir
ukhwahfillah kita sampai di sini
ampun dan maaf saya pohon
atas segala-galanya yang berlaku…..

andai masa boleh diundur kembali
akan saya pertahankan ukhwafillah ini
agar ianya tidak terlerai
agar ianya tersimpul rapi,tapi apakan daya saya……

andai saya tiada lagi
maafkan saya wahai teman
iringilah pemergian saya dengan doa
agar saya tenang dalam pengabdian……

andai ada rasa simpati dihatimu teman
biarkanlah ukhwahfillah ini berterusan
itulah yang saya harapkan
biarpun saya tiada lagi……..

Thursday, January 6, 2011

TIRULAH SIFAT PENSIL


Seorang nenek menceritakan perihal sebatang pensil kepada cucunya.

"Cuba cucu lihat dan pegang pensil ini" kata nenek sambil memberikan pensil itu kepada cucunya. "Pensil itu hanya bergerak ikut arahan dan gerakan kita. Pensil ini juga mempunyai berbagai kualiti seperti yang terdapat dalam diri kita".

Begitu juga dengan kita. Kita digerakkan dan dipandu oleh sesuatu yang berkuasa kepada kita. ALLAH SWT yang menjadikan kita. Kita digerakkan dan diberi arah panduan olehNya. TanpaNya kita statik dan kaku.

Kedua, pensil ini perlu ditajamkan supaya ia menjadi lebih berkesan. Sekalipun perit sedikit kerana diasah namun dia menjadi lebih berguna dan efektif. Begitu juga dengan kita yang sentiasa perlu mengasah dan menajamkan diri kita dengan ilmu dan kemahiran supaya menjadi lebih berupaya.

Ketiga, menulis dengan pensil membolehkan kita memadamkannya jika terdapat kesilapan. Membetulkan kesilapan bukanlah sesuatu yang tidak baik tetapi membawa kita balik kelandasan yang betul dan lebih baik. Input kesilapan dalam minda kita perlu dipadamkan dan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

Kualiti keempat, sebatang pensil ialah bukan kayu yang menjadi kulit luarannya. Yang penting pada sebatang pensil ialah "carbon" atau "graphite" didalamnya. Tanpa "carbon" kita tidak dapat menulis. Jadi pada kita yang penting ialah bukan luarannya, tetapi apa yang berlaku didalam diri kita. Kita perlu teliti dan kawal minda kita.

Kualiti yang kelima ialah sebatang pensil yang digunakan dengan baik akan meninggalkan tanda yang hebat - cerita, sajak, cerpen, pengkisahan sejarah, perancangan perniagaa, dll. Kita juga akan meninggalkan legasi satu hari nanti. jadi tinggalkanlah legasi baik yang akan dikenang sepanjang zaman.

SUMBER:FB..^_^