Friday, December 31, 2010

10 keberkatan Surah Yasin & faedahnya.




Surah Yasin itu banyak sekali kelebihan bagi orang yang membacanya sepertimana sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud :
"Barangsiapa membaca akan surah Yasin maka Allah mencatit untuknya pahala dengan sebab bacaan surah Yasin tersebut senilai Al-Quran sepuluh kali." - Riwayat At Tirmizi

Antara lainnya Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Barangsiapa membaca surah Yasin pada tiap- tiap malam nescaya diampuni baginya segala dosa- dosanya yang kecil." - Riwayat Al Bihaqi

Hadis daripada معقل بن يسر ,
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud :

"Hati Al Quran itu ialah Yasin tiada dibaca oleh seseorang yang berkehendak kepada Allah dan hari akhirat melainkan dia diberi keampunan, bacalah surah Yasin keatas orang- orang yang hampir mati diantara kamu." - رواه أحمد وأبو داود والنسائى وابن ماجه


Keberkatan Surah Yasin



Adapun surah Yasin mempunyai darjah yang tertinggi, telah nyata berkatnya dan masyhur kelebihannya sebagaiman diterangkan dalam hadis. Maka lazimkanlah membaca surah yasin itu untuk mencapai keberkatan dan kelebihannya.

Ulama- ulama menerangkan bahawa surah Yasin itu mengandungi 10 berkat iaitu :

1. Tiada membaca akan dia oleh yang lapar melainkan akan merasa kenyang.
2. Tiada yang dahaga melainkan hilang dahaganya.
3. Tiada membaca akan dia oleh orang yang tiada berpakaian melainkan datang pakaiannya.
4. Tiada yang bujang melainkan bertemu jodohnya.
5. Menghilangkan ketakutan dan menimbulkan keamanan.
6. Menyembuhkan penyakit.
7. Melepaskan dari kurungan
8. Memelihara orang yang musafir dalam perjalanannya.
9. Menghapuskan perasaan sedih dan dukacita.
10. Mengembalikan barang yang hilang yng telah dicuri orang.



Antara faedah-faedah keatas orang yang membaca Yasin



- Apabila seseorang itu mempunyai hajat pada orang- orang besar maka bacalah surah Yasin itu 20 kali
- Dibaca 40 kali insyallah diperkenankan segala permohonannya.
- Apabila dibaca dalam sesuatu hal yang sulit atau kesusahan maka Allah SWT akan memudahkan atau melapangkan hal yang tersebut.
- Membaca ke atas orang yang sedang nazak adalah untuk memohon diturunkan rahmat dan berkat supaya dimudahkan keluar roh daripada tubuh.



Kesimpulannya, surah Yasin itu adalah antara salah satu cara untuk menolak bala dan menolak kesusahan bagi mencari kelonggaran. Wallahualam.


sumber;fb..^^

No comments:

Post a Comment